Ronaldo Jaringkan Gol lagi, Namun Manchester United Tewas – Piala UCL

Bintang bolasepak Portugal, Christiano Ranaldo mencetak jaringan ketiga bersama kelab Manchester United semalam ketika aksi Piala Juara Juara UCL menentang kelab dari Switzerland, Young Boys.

Namun jaringan Christiano Ronaldo pada minit ke 13 babak pertama perlawanan itu tidak mampu memberikan kemenangan kepada Manchester United apabila mereka tewas kepada kelab dari Switzerland itu dengan jaringan 1-2.

Menurul pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer, Christiano Ranaldo sepatutnya dihadiahkan penalti ketika dia dijatuhkan oleh pemain Young Boys, dan pemain Young Boys tersebut juga sepatutnya perlu dibuang padang.

Situasi permainan berubah dan dilihat memihak kepada tuan rumah ketika Manchester United dipaksa bermain dengan 10 orang apabila Aaron Wan Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke 35 separuh masa pertama.

Young Boys mengambil kesempatan tersebut dengan menyamakan kedudukan pada minit ke 66 menerusi jaringan M. Ngamaleu dan seterusnya jaringan kemenangan berjaya diraih mereka pada masa tambahan permainan hasil daripada jaringan T. Siebatcheu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Astro Awani

Leave a Reply

%d bloggers like this: