Skim i-Survive RM 5,000 dan i-citra RM 10,000 Mungkin Menjadi Kenyataan

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkankan agar Kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk melaksanakan skim i-Survive dan meningkatkan pengeluaran i-Citra kepada RM10,000

Beliau membuat cadangan tersebut semasa memberi ucapan di Sidang Parlimen sebentar tadi.

Menurut Datuk Seri Najib, memandangkan kerajaan berkata tidak mempunyai wang, beliau mencadangkankan agar bank bank di negara ini memberikan kemudahan pinjaman RM 3,000 hingga RM5,000 kepada golongan B40 dan M40 yang membuat permohonan.

Oleh kerana kelulusan adalah secara automatik kepada setiap pemohon maka kerajaan perlu bertindak sebagai penjamin kepada semua peminjam ini.

Menurut Datuk Seri Najib, beliau percaya bank masih mampu memberikan pinjaman ini dengan kadar faedah sebanyak 3 peratus setahun kerana sebelum ini bank mempunyai dana yang cukup dan bank juga setiap tahun mencatatkan kadar keuntungan yang tinggi.

Bagi skim i-Survive ini, kerajaan akan menggunakan geran atau potong daripada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk membantu pembayaran balik bagi setiap tahun.

Selain itu, Datuk Seri Najib juga mengesa kerajaan agar meluluskan permohonan pengeluaran KWSP skim i-Citra kepada RM10, 000 berbanding sebelum ini hanya dibenarkan pengeluaran sebanyak RM 5,000 yang dibayar secara ansuran bulanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: