Syahmi, Asif dan Yoe Parey Terkejut Tercalon dalam ABPBH34

Anugerah Bintang Popular Berita Harian adalah majlis penganugerahan tahunan anjuran Berita Harian bagi menghargai pengiat seni dan penghibur yang paling digemari.

Bintang media sosial yang terkenal dengan drama pendek secara spontan, Syahmi Sazli berasa terkejut apabila mengetahui nama beliau antara yang tercalon dalam anugerah yang berprestij itu.

Selain Syahmi, nama Yoe Parey dan juga Asif juga tercalon dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular.

Mereka bertiga layak tercalon kerana pada tahun lepas mereka telah muncul dalam dua filem. Salah satunya filem yang diarahkan oleh Syahmi sendiri iaitu ‘Mael Totey the Movie’. Filem yang disiarkan di saluran Astro First itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehinga memecah rekod kutipan tertinggi di Astro First.

Semoga Syahmi, Yoe Parey dan Asif berjaya, walaupun saingan agak sengit namun jika dilihat daripada jumlah pengikut yang berkualiti tidak mustahil kejutan bakal berlaku.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: