Tok Guru Pak Teh Mad, Ulama Terkenal Kedah Kembali ke Rahmatullah

Berita duka buat penduduk di Negeri Kedah dan seluruh rakyat Malaysia apabila tokoh ulama terkenal di negeri itu Datuk Ahmad Mohd Nor telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang Padang Terap pada hari ini.

Berita sedih itu dikongsikan oleh cucu beliau, Mariam Abd Ghani di halaman Facebook miliknya.

Allahyarham Datuk Ahmad Mohd Nor atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Guru Pak Teh Mad dilaporkan meninggal dunia pada jam 12.57 di sisi doktor yang merawatnya.

Tok Guru Pak Teh Mad Telah dimasukkan ke Hospital pada 10 haribulan September kerana mengalami kekurangan oksigen dan kesihatannya makin merosot.

Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1925 di Kampung Bukit Sebelah, Padang Gelanggang, Padang Terap itu merupakan pengasas Madrasah Ahmadiah yang merupakan institusi pengajian tersohor di negeri Jelapang Padi itu.

Allahyarham merupakan seorang penuntut di Madrasah Al Salutiyah di Makkah, Arab Saudi.

Jenazah Allahyarhamah akan diuruskan oleh pihak hospital mengikut SOP yang telah ditetapkan, dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Padang Gelanggang Kuala Nerang.

Salam takziah dari kami buat semua ahli keluarga arwah, semoga Tuan Guru Pak Teh Mad ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: