UEL Lawat Rider yang Kehilangan Sebelah Tangan akibat Diragut

Sebelum ini tular kisah mengenai kisah adik Siti Nur Azizah yang disamun ketika membantu ibunya membuat penghantaran barangan yang dijual secara online.

Akibat kejadian tragis tersebut Siti Nur Azizah mengalami kecederaan yang serius, menyebabkan tangannya terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada anggota badan yang lain.

Ustaz Ebit Lew pada status terbaru di Facebooknya memuat naik kunjungan beliau ke rumah Adik Siti Nur Azizah.

Pada pertemuan itu Ustaz Ebit Lew menghadiahkan kepada Adik Siti Nur Azizah sebuah iphone dan wang tunai untuk kegunaan beliau dan ibunya.

Ustaz Ebit Lew menyifatkan adik Siti Nur Azizah seorang gadis yang baik, semenjak bapanya meninggal pada tiga tahun yang lepas Adik Siti Nur Azizah membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan berniaga secara online.

Kisah Adik Siti Nur Azizah sebelum ini juga pernah mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga turut memberi sumbangan kepada keluarga Adik Siti Nur Azizah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: