Hasrat 5 Individu untuk Bercuti ke Langkawi Musnah Apabila Disahkan Positif Covid-19

Kerajaan sebelum ini telah memberikan kebenaran untuk orang ramai berkunjung ke Pulau Langkawi dibawah Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Pengumuman ini telah memberikan kegembiraan kepada orang ramai yang sudah sekian lama terkurung dan tidak boleh merentas negeri untuk melancong.

Namun begitu hasil ujian saringan di beberapa pintu masuk ke Langkawi, pihak berkuasa telah mengesan lima orang individu yang telah didapati Positif Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Nor Hisham seramai 2,546 individu telah disaring. Kelima lima kes yang dikesan adalah dalam kategori satu iaitu tidak bergejala dan diberikan perintah pengawasan dan pemerhatian dirumah selama 10 hari.

Bagi kanak kanak yang dibawah umur 12 tahun mereka tidak diwajibkan melakukan ujian saringan dan dibenarkan berlepas bersama keluarga.

Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi ini penting bagi menentukan hala tuju pembukaan destinasi pelancongan yang lain.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: