“I will Fight until i win” Akhirnya Pakar Saham Bumiputera Ini Tewas Juga Akibat Covid-19

Nazarry Rosli merupakan seorang Sifu bagi dunia saham terutamanya kepada golongan bumiputera di negara ini.

Beliau walaubagaimanapun telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi dipercayai akibat jangkitan Virus Covid-19.

Allahyarham merupakan Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, beliau meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh selepas 8 hari bertarung dengan Covid-19.

Beberapa jam sebelum itu, menerusi status WhatsApp beliau menulis “I will Fight until i win!! Nazarry Rosli #covidfighter” Namun tuhan lebih menyayangi beliau.

Beliau seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang saham, dan telah melatih ramai individu Bumiputera untuk mahir dalam bidang saham.

Allahyarham juga kerap muncul di saluran Astro Awani sebagai panel jemputan untuk mengulas mengenai pasaran saham dan juga mengenai nilai ringgit.

Ini merupakan satu kehilangan besar terutamanya kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang saham di negara ini.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: