Perjalanan Ke Tempat Kerja Menjadi Destinasi Terakhir Jururawat

Seorang jururawat dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke tempat kerja apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian di Bunut Payung Kota Bharu, kenderaan yang dipandu oleh Wan Nurintan Farahida Wan Hassan telah terbabas dan melanggar tiang elektrik dan bahagian depan sebuah kedai menyebabkan beliau tersepit.

Mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II itu walaubagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, mangsa yang melalui satu selekoh yang terdapat bonggol di tengah jalan kemudian tidak dapat mengawal kenderaannya.

Dengan bantuan daripada anggota bomba, berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit, namun mangsa tidak sempat diselamatkan.

Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga ditempatkan bersama orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: