Khairy Ucap Takziah Kepada Jururawat yang Meninggal Dunia di Kota Bharu Akibat Kemalangan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam hantaran di facebooknya mengucapkan takziah diatas kematian seorang jururawat akibat kemalangan ketika hendak ke tempat kerja.

Wan Nurintan Farahida Wan Hassan, seorang jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan, arwah dilaporkan mengalami kemalangan apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan ketika melalui satu selekoh jalan yang terdapat bonggol.

Kereta yang dipandu arwah merempuh tiang elektrik dan bahagian hadapan sebuah kedai menyebabkan arwah tersepit di dalam kenderaan.

Anggota bomba yang tiba selepas dihubungi berjaya membantu mengeluarkan arwah, namun arwah disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian.

Salam takziah buat keluarga arwah, semoga arwah Wan Nurintan Farahida Wan Hassan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: