Lee Chong Wei Sumbang RM 243,000 Kepada Hospital Bukit Mertajam

Lagenda Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dilaporkan telah menyumbangkan sejumlah RM 243,000 kepada Hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Sumbangan yang diberikan oleh bekas pemain badminton nombor satu dunia itu membolehkan Hospital Bukit Mertajam menambah sejumlah 32 katil khas untuk pesakit Covid-19.

Perkara ini telah dimuat naik oleh Adun Bukit Mertajam, Steven Sim di akaun Twitter miliknya yang mengesahkan sumbangan dibuat melalui Yayasan Lee kepada Hospital Bukit Mertajam sebanyak RM 243,000.

Sebelum ini viral video yang menunjukkan pesakit di Hospital Bukit Mertajam terpaksa dirawat di wad sementara di tepi longkang yang melimpah.

Menurut Steven, Chong Wei yang merupakan pemenang Pingat Perak di Sukan Olimpik merupakan wira kepada kepada penduduk di Bukit Mertajam yang juga merupakan tempat di mana Lee Chong Wei dibesarkan.

Terima Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan yang diberikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Malaysiakini

Leave a Reply

%d bloggers like this: