6 Beradik Menjadi Yatim Piatu Selepas Ibu dan Ayah Meninggal Dunia

Warga maya ramai yang tersentuh apabila mengenangkan nasib 6 adik beradik yang tinggal sendirian setelah kehilangan ibu dan ayah mereka.

Bapa mereka Allahyarham Abdul Halim bin Md Yusuff meninggal dunia pada bulan Mac 2021 akibat masalah komplikasi stroke.

Manakala kini ibu mereka pula meninggal dunia pada 12.09.2021 akibat penyakit diabetes dan juga Covid-19.

Kisah sedih yang menimpa 6 beradik ini mendapat perhatian daripada Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Haji Noorzainy bin Haji Mohd Noor yang datang memberikan sumbangan peribadi serta kutipan derma dari warga IPD Seberang Perai Utara.

Mengikut maklumat, adik beradik yatim piatu ini sedang dikuarantin di rumah mereka. Setelah tamat tempoh kuarantin pada 25.09.2021 mereka akan dijaga oleh bapa saudara mereka iaitu En Mohamad Hussin bin Md Yusuff.

Sesungguhnya Pandemik Covid-19 ini memang kejam, ramai anak anak yang menjadi yatim piatu kerana kehilangan ibu dan bapa akibat dijangkiti virus Covid-19.

Kepada yang ingin menyumbangkan bantuan kepada anak-anak ini boleh menyalurkan kepada akaun dibawah

MAYBANK : 157250073303 Mohammad Hussin bin Md Yusuff Telefon : 018-7021833

Kunjungan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Penang Press

Leave a Reply

%d bloggers like this: