Jalanraya sesak, Pasaraya penuh, Pusat peranginan meriah, Para Peniaga kembali tersenyum

Begitulah dapat digambarkan situasi yang boleh dilihat di negara kita semenjak kerajaan memberikan kelonggaran bagi Perintah Kawalan Pergerakan PKP sejak dari minggu lepas.

Bukan sahaja di Langkawi, pusat peranginan yang terdapat di beberapa negeri juga meriah dengan kehadiran pelancong tempatan.

Buat masa ini hanya Langkawi sahaja yang boleh menerima pelancong dari negeri lain melalui program Gelembung Pelancongan, namun begitu pusat peranginan didalam negeri selain Langkawi juga boleh dikunjungi oleh penduduk yang sudah menerima vaksinasi lengkap tetapi hanya oleh penduduk dari negeri yang sama.

Hasil tinjauan pihak media pada hujung minggu kebanyakan jalanraya sesak dengan kenderaan, mereka mengambil peluang untuk membawa keluarga keluar beriadah dan makan di luar.

Hasil tinjaun juga mendapati pusat percutian didalam lembah klang seperti Pantai Morib di Banting, Pantai Bagan Lalang di Sepang, Pantai Remis di Kuala Selangor, Sungai Congkak di Hulu Langat penuh sesak dengan kehadiran penduduk yang datang bersama keluarga untuk beriadah.

Ini sekaligus memberi impak positif kepada ekonomi negara, dan membuat para peniaga kembali tersenyum.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: