Pesakit Covid-19 Lafazkan Syahadat di atas katil Hospital

Syukur Alhamdulillah, seorang pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di hospital digerakkan hatinya untuk memeluk Agama Islam.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Hospital Duchess of King (HDOK) itu menyaksikan Laimi @ Nur Laili Tinggi 66 tahun dari Beluran Sabah yang berketurunan Dusun, beliau dilahirkan sebagai seorang Kristian.

Menurut anak sulung kepada Nur Laili, ibunya itu sebelum ini telah meluahkan hasrat untuk memeluk Islam. Ini berikutan empat orang adik beradik dia yang lain juga telah memeluk Islam.

Sebelum ini tular video yang menunjukkan Nur Laili melafazkan Syahadat bersaksikan beberapa orang jururawat di situ. Beliau dilihat gembira mengumumkan yang beliau kini sudah menjadi seorang muslim.

Menurut Firdaus, ibunya sebelum ini menghidap penyakit buah pinggan dan memerlukan bantuan oksigen kerana dijangkiti virus Covid-19.

Sementara itu, seorang pendakwah bebas saudara Firdaus Wong menyeru agar tidak ada yang mensensasi mempolemikkan isu ini sehingga mencetuskan suasana yang tidak nyaman.

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Nur Laili semoga terus istiqomah dan menjadi seorang muslim yang taat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: