Rider Food Panda Bantu Warga Emas yang Kibarkan Bendera Putih

Beberapa orang Rider Food Panda dilihat menghulurkan bantuan kepada warga emas yang meminta bantuan dengan mengibarkan bendera putih.

Salah seorang dari rider Food Panda ini dilaporkan telah melihat sebuah rumah mengibarkan bendera putih. Seperti yang semua maklum mengibarkan bendera putih adalah pilihan terakhir bagi mereka yang memerlukan bantuan dan tidak tahu dimana tempat yang boleh memohon pertolongan.

Rider Food Panda tersebut kemudian terus menemui warga emas itu yang menurutnya baru kehilangan kerja. Apabila ditanya apakah barang keperluan yang diperlukan oleh uncle tersebut. Beliau menjawab cukuplah hanya diberikan susu untuk cucunya.

Menurut warga emas itu, kini hanya isterinya seorang yang bekerja bersama Alam Flora, dengan gaji dari RM 800 hingga RM 1,000 sebelum di tolak sewa rumah RM 600 ditambah dengan bil utiliti main memang sangat tidak mencukupi untuk menyara hidup mereka sekeluarga.

Mereka kemudian sama sama membuat sumbangan dan mengumpulkan sejumlah wang untuk membeli barangan keperluan dapur untuk diberikan kepada warga emas tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Tiktok hunters002

Leave a Reply

%d bloggers like this: