Adakah Sah Solat Berjemaah Bersama Imam yang Perokok

Soalan yang sensitif, terutamanya buat mereka yang merokok. Namun ia tetap perlu dijawab agar tidak mengelirukan masyarakat mengenai isu ini.

Menerusi Portal Maktabah Al Bakri Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al Bakri mengatakan walaupun solat di belakang Imam yang merupakan seorang perokok adalah SAH, namun seharusnya kita tidak memilih seorang Imam daripada mereka yang merokok.

Dr Zulkifli memetik beberapa Riwayat yang jelas menyuruh kita memilih Imam yang baik akhlaknya, dan bukan dari mereka yang melakukan perkara Bidaah dan Fasik.

Pada tahun 1995 Muzakarah Majlis Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah mengeluarkan Fatwa bahawa merokok hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.

Namun begitu, menurut Bekas Menteri Hal Ehwal Agama itu sekiranya perlu membuat pilihan antara solat bersendirian dengan solat berjemaah bersama Imam yang seorang perokok beliau lebih cenderung memilih solat berjemaah lebih afdal.

Sebaiknya kita perlu menasihati agar Imam tersebut agar berubah kepada kebaikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: