Dalam Burger Ada Jari Manusia yang Terselit Bersama Lapisan Daging dan Sayur

Wow ini memang lain dari yang lain, seorang wanita menjumpai jari manusia didalam bungkusan burger yang dipesannya di sebuah restoran makanan segera.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Bolivia itu dimuat naik oleh seorang wanita di halaman Facebooknya.

Estefaney Benatez memuat naik di facebook miliknya memaklumkan dia sedang makan burger ‘special’ itu di sebuah restoran makanan segera popular, namun disebalik lapisan sayur dan daging dia menjumpai sepotong jari manusia.

Menurut seorang jurucakap kepada restoran tersebut, beliau mengesahkan itu memang jari seorang pekerja di restoran tersebut yang mengalami kemalangan sewaktu menyediakan makanan.

Estefaney sebelum itu sudah memaklumkan kepada pekerja di restoran tersebut mengenai penemuan jari manusia dalam makanannya.

Hasil perkongsian beliau di facebook mendapat perhatian daripada pegawai atasan restoran tersebut dan juga pihak kerajaan.

Restoran tersebut telah diarahkan tutup buat sementara waktu selain dikenakan denda.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Astro Awani

Leave a Reply

%d bloggers like this: