Takziah, Ayah Menteri Besar Selangor Telah Meninggal Dunia

Berita yang baru kami terima sebentar tadi, Bapa kepada Menteri Besar Selangor disahkan telah kembali ke rahmatullah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata beliau baru sahaja berkomunikasi dengan bapanya pada pukul 1.27 petang menerusi aplikasi WhatsApp, dan pada jam 5.30 petang bapa telah disahkan meninggal dunia.

Setiausaha Menteri Besar berkata, Allahyarham Shaari Mokhsin meninggal dunia akibat komplikasi pernafasan. Jenazah akan dikebumikan pada sebelah pagi esok di Kampung Parit Asam Kumbang Benut Johor Bharu.

Marilah kita sama-sama sedekah al fatihah untuk Allahyarham bapa kepada Menteri Besar Selangor, semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Al Fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: