Syabas dan Terima Kasih Buat Abang JPJ

Anggota penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ sering menjadi tempat untuk Netizen melepaskan cacian akibat ketegasan mereka dalam menjalankan tugas.

Namun disebalik ketegasan mereka untuk menjaga keselamatan pengguna jalanraya itu, seringkali kita lihat mereka menggunakan budi bicara untuk membantu orang awam.

In satu contoh kejadian yang berlaku di Pulau Pinang, apabila beberapa anggota JPJ bersama orang ramai membantu seorang pengguna jalanraya yang mengalami kerosakan enjin kereta.

Kejadian yang berlaku di Jalan Paya Terubong menghala ke Relau itu melibatkan sebut kereta yang mati di tengah jalanraya yang berbukit dan di kawasan selekoh.

Beberapa orang anggota JPJ dengan dibantu orang awam menolak kereta tersebut ke tempat yang lebih selamat.

Sikap terpuji anggota JPJ tersebut sangatlah dihargai, marilah kita sama sama sebarkan kebaikan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Penang Press

Leave a Reply

%d bloggers like this: