Kontraktor ‘Hancurkan’ Semula Bilik Mandi Selepas Tidak Menerima Bayaran

Sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai kontraktor pembinaan menghancurkan dinding sebuah bilik mandi yang telah dibuat suai oleh beliau.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Colarado Amerika Syarikat, seorang kontraktor yang diupah untuk mengubah suai sebuah bilik mandi telah datang kembali dan memusnahkan hasil kerjanya akibat tidak dibayar oleh tuan rumah tersebut.

Beliau mendakwa telah menghabiskan masa satu minggu dan telah mengeluarkan kos ribuan ringgit untuk mengubah suai bilik mandi tersebut.

Video yang dipercayai dirakam oleh pemilik rumah tersebut menunjukkan kontraktor itu menggunakan tukul besi dengan marah memecahkan kembali dinding dan lantai bilik mandi yang telah siap diubah suai.

Walaupun pemilik rumah tersebut cuba menghalang, tetapi kontraktor tersebut berkata dia hanya memecahkan barangan kepunyaannya dan memiliki resit pembelian keatas semua itu.

Menerusi video itu, kontraktor tersebut berkata dia lebih rela membuat urusan dengan pihak polis daripada berurusan dengan pemilik rumah yang tidak mahu membayar hasil kerjanya.

Walaubagaimanapun, tidak dijelaskan mengapa pemilik rumah itu enggan membayar wang kepada kontraktor tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: