Mangsa Lemas Ketika Mandi di Air Terjun Sudah Dijumpai

Semalam media melaporkan seorang pemuda yang berusia 23 tahun dilaporkan hilang disedut pusaran air ketika mandi di Sungai Balak, Batang Kali.

Mangsa dilaporkan datang ke tempat air terjun tersebut untuk beriadah bersama 5 orang lagi kawannya.

Susulan itu pihak Bomba dan Penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian untuk melakukan operasi dan menyelamat mangsa.

Mangsa Sunny Dell Ashraff Sa’ari berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 9.55 malam tadi pada kedalaman 2.4 meter, 50 meter dari tempat arwah dilaporkan hilang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Dalam kita bergembira beriadah bersama keluarga dan kawan kawan, perlu dielakkan untuk bermain di kawasan yang merbahaya.

Salam takziah buat keluarga Sunny Dell Ashraff Sa’ari, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: