ABPBH Semakin Hilang Serinya, Zizan Antara Artis yang Menarik Diri

Apa sudah jadi dengan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian, ini berikutan beberapa artis popular yang tersenarai telah mengumumkan untuk menarik diri.

Terbaharu pemenang Anugerah Artis Komedi Popular pada ABPBH kali ke 32 Zizan Razak telah mengumumkan untuk menarik diri dari menyertai ABPBH pada kali ini.

Menerusi akuan facebooknya Zizan Razak berkata, seiring usianya dalam bidang seni beliau memutuskan untuk tidak dicalonkan pada ABPBH kali ke 34 ini.

Zizan juga berpendapat seharusnya ABPBH kali ini meraikan artis artis dan bakat bakat baru yang bertanding.

Zizan Razak yang lahir dari program Raja Lawak Astro itu sudah hampir 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni, sepanjang penglibatannya dalam bidang seni banyak anugerah yang telah berjaya dimenanginya.

Selain Zizan Razak, sebelum ini ada juga beberapa orang lagi artis yang mengumumkan untuk menarik diri dari dicalonkan di anugerah tersebut antaranya pelakon terkenal tanah air iaitu Remy Ishak dan Zul Arifin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: