Dr Zakir Naik Mencari Calon Isteri Secara Online untuk Anak Lelakinya

Pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik sekarang sedang mencari calon menantu untuk dikahwinkan dengan anak lelakinya Fariq Zakir Naik.

Mungkin agak sedikit pelik kerana jarang berlaku perkara seperti ini, apabila Dr Zakir Naik memuat naik di halaman facebook miliknya untuk mencari calon isteri buat anaknya seakan iklan untuk jawatan kosong.

Menerusi hantaran di facebooknya itu Dr Zakir memberikan secara terperinci tentang kriteria dan syarat yang diperlukan untuk menjadi bakal menantunya itu.

Antara syarat utama, gadis tersebut mesti mengamalkan Islam seperti apa yang diperintahkan oleh Allah mengikut Al-Quran dan Hadis. Tidak terlibat dalam aktiviti yang diharamkan, mengamalkan Sunnah, berminat dalam bidang dakwah dan sanggup membantu bakal suaminya dalam berdakwah.

Seperti yang kita semua tahu Dr Zakir kini sudah menetap di Malaysia, antara syarat lain untuk calon isteri kepada anak lelakinya yang berusia 27 tahun itu ialah dia perlu sanggup untuk tinggal di Malaysia.

Selain beberapa kriteria lain yang ditetapkan oleh Dr Zakir Naik, pemilik saluran television Internet Peace Channel itu turut memuat naik biodata dan maklumat terperinci mengenai anak lelakinya yang juga merupakan seorang pendakwah hebat.

Fariq Zakir Naik mempunyai karektor dan visi seperti ayahnya Dr Zakir, seorang hafiz Al Quran, fasih berbahasa Inggeris dan Arab, selain itu juga boleh berbahasa Urdu dan Hindi.

Hasil perkongsian Dr Zakir Naik itu mendapat pelbagai maklum balas daripada ramai pengikut pengikutnya di seluruh dunia.

Kepada yang menepati kriteria yang dicari dan berminat untuk menjadi menantu atau berbesankan pendakwah yang cukup hebat itu bolehlah menghantar permohonan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: