Dua beranak ditemui meninggal di sebuah rumah berkemungkinan akibat Covid-19

Tragedi menyayat hati dilaporkan sebuah portal berita hari ini mengenai kematian dua beranak yang disyaki akibat virus Covid-19.

Kejadian yang berlaku di Taman Dato Setia Kangar Perlis itu menyaksikan penemuan mayat anak dan ayah yang berusia 53 dan 79 tahun di kediaman mereka hari.

Menurut pihak polis, mereka dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh sahabat mangsa yang sebelum itu gagal untuk menghubungi mangsa sejak beberapa hari yang lalu.

Anggota polis yang tiba di kediaman berkenaan mendapati pintu tertutup walaupun tidak berkunci, menurut pemeriksaan awal didapati tiada tanda tanda unsur jenayah ke atas mangsa. Walaubagaimanapun pemeriksaan lanjut tidak dapat dilakukan kerana dikhuatiri mangsa dijangkiti Covid-19.

Anak mangsa ditemui dalam keadaan perut yang sudah kembung dan dipercayai telah meninggal dunia lebih awal, manakala mayat bapa masih dalam keadaan sempurna.

Isteri mangsa tidak berada dirumah ketika kejadian dan dilaporkan dirawat di hospital akibat mengalami kemurungan disebabkan kejadian itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: