Budak Perempuan 4 Tahun Hanyut Jatuh Ke Dalam Longkang Di Shah Alam

Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun hanyut apabila jatuh ke dalam sebuah longkang.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Bunga, Tanjung Empat, Kampung Hicom Bharu, Seksyen 26 Shah Alam Selangor.

Berdasarkan maklumat dari orang ramai, kanak-kanak perempuan tersebut dipercayai dihanyutkan oleh arus deras setelah dia terjatuh ke dalam sebuah longkang di situ.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan pihak bomba menerima maklumat mengenai perkara tersebut pada pukul 6.18 petang.

Susulan itu 10 orang anggota penyelamat dari Balai Bomba Shah Alam dikerahkan ke tempat kejadian, seramai empat anggota unit penyelam juga berada di tempat kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Sehingga ke saat ini belum ada apa apa berita mengenai operasi mencari dan menyelamat ini. Semoga dipermudahkan semuanya.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: