Peminat United Salahkan Fernandes ‘Rampas’ Penalti dari Ronaldo

“Kalaulah Ronaldo yang ambil sepakan penalti tentu gol…” begitulah luahan segelintir peminat kelab Manchester United susulan kekalahan memalukan pasukan Red Devil itu kepada Aston Villa di Old Trafford.

Kekalahan di laman sendiri itu menjadi mimpi ngeri buat Manchester United yang dibarisi kesebelasan utama termasuk bintang utama mereka Christian Ronaldo dan Paul Pogba.

Permainan hambar pada separuh masa pertama, apabila beberapa percubaan oleh Manchester United termasuk dari Christiano Ronaldo tersasar dan tidak menepati sasaran.

Keadaan buruk menjadi bertambah buruk buat Manchester United apabila Aston Villa berjaya menghasilkan jaringan menerusi Kortney House pada minit ke 88 menerusi tandukan dari hantaran sepakan penjuru.

Pada minit ke 92, tuah seakan memihak kepada pasukan tuan rumah apabila dihadiahkan penalti apabila bola dilihat terkena tangan pemain lawan. Detik yang menjadi mimpi ngeri buat Bruno Fernandes apabila sepakan penalti yang diambilnya itu melambung tinggi melewati gawang Aston Villa.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: