Takziah, Dua Beradik ditimpa Pokok Ketika Mandi di Sungai

Allahuakbar, lagi kejadian yang kemalangan melibatkan kehilangan nyawa ketika mandi manda di sungai.

Media melaporkan, dua orang adik beradik dihempap pokok yang tumbang ketika sedang mandi di Sungai Serendah Hulu Selangor pada petang Ahad.

Kejadian yang menyebabkan kematian seorang kanak berusia 10 tahun, manakala abangnya yang berusia 11 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat mengesahkan menerima panggilan berkenan kejadian tersebut pada pukul 2.39 petang sebelum anggota penyelamat dari balai Bukit Sentosa dikerahkan ke tempat kejadian.

Mangsa telah dibawa ko Hospital oleh orang awam sebelum anggota Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian.

Sehubungan itu ibu bapa diminta untuk mengawasi anak anak, seperti yang semua maklum beberapa hari ini cuaca hujan lebat dan ribut sering berlaku di beberapa negeri terutamanya di lembah klang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: