Budak Perempuan yang Terjatuh ke dalam Longkang Semalam ditemui Meninggal Dunia

Semalam sebuah portal berita tempatan melaporkan seorang kanak kanak perempuan yang berusia 8 tahun hanyut dibawa arus apabila jatuh ke dalam sebuah longkang.

Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 Shah Alam Selangor.

Sepasukan unit Bomba dan Penyelamat dari balai Shah Alam telah bergegas ke tempat kejadian untuk misi mencari dan menyelamat pada kira kira pukul 6.30 petang semalam.

Seramai 10 anggota bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian, termasuk 4 anggota dari unit penyelam.

Walaubagaimanapun, hasrat keluarga mangsa untuk menemukan kanak kanak tersebut dalam keadaan selamat tidak kesampaian. Pagi ini mayat kanak kanak perempuan itu berjaya dijumpai oleh orang ramai.

Menurut pihak bomba, mayat mangsa ditemui oleh orang ramai di dasar longkang dimana 15 meter dari tempat arwah dilaporkan telah terjatuh.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Banyak sekali kejadian kehilangan nyawa melibatkan anak anak kecil beberapa hari ini, ketika musim hujan dan ribut yang kerap melanda beberapa negeri terutamanya di Lembah Klang awasi lah anak-anak kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: