Selangor – Bayi meninggal, terjatuh ke dalam mangkuk tandas ketika dilahirkan

Allahuakbar, kejadian yang jarang berlaku. Seorang bayi dilaporkan telah meninggal dunia selepas terjatuh kedalam mangkuk tandas.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Parit 7, Sekinchan Sungai Besar Selangor. Bayi tersebut dipercayai terjatuh kedalam mangkuk tandas ketika dilahirkan oleh ibunya.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, ketika kejadian, si ibu yang sedang mengandung 7 bulan melahirkan anaknya secara tidak sengaja ketika hendak membuang air besar.

Pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan bayi tersebut.

Walaubagaimanapun bayi tersebut disahkan meninggal dunia oleh pasukan kesihatan, manakala si ibu yang berusia 37 tahun berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang bagi mendapatkan rawatan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: