Bukan hendak robohkan Tokong, Polis jelaskan perkara sebenar

Hari ini tular video berlaku sedikit kekacauan di hadapan sebuah Tokong di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Pihak polis menafikan rusuhan tersebut terjadi akibat proses untuk merobohkan sebuah Tokong seperti yang di viralkan oleh beberapa individu di laman sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras Assistance Komisioner Muhammad Idzham Jaafar, kejadian itu berlaku apabila pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan datang ke tempat kejadian untuk membuat pagar penghadang bagi membina jalan laluan ke sekolah.

Walaubagaimanapun, kehadiran pihak berkuasa di tempat kejadian mengundang insiden yang mana mereka dihalang oleh lebih kurang 30 orang lelaki dan perempuan yang membawa kayu dan besi.

Menurut pihak polis, selain menghalang dan memecahkan mesin jentolak perusuh ini juga bertindak menyerang pihak berkuasa yang berada di tempat kejadian.

Seramai 4 individu telah ditahan bagi membantu siasatan. Pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat keamanan dan menimbulkan kegusaran kepada orang awam.

Pihak polis juga mengesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: