Takziah, Bapa Faizal Tahir Kembali ke Rahmatullah

Bapa kepada penyanyi dan komposer berbakat tanah air iaitu Faizal Tahir telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Allahyarham Dr Tahir Abd Rahman 71 tahun ialah bekas pensyarah di Universiti Malaya serta merupakan seorang aktivis Palestin dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Seorang lagi anak Allahyarham Mohd Anas Tahir yang juga merupakan seorang penyampai radio di Zayan FM turut berkongsi berita duka itu di akaun instagram milik beliau.

Faizal Tahir menerusi akaun instagram milik beliau hanya memuat naik photo berwarna hitam kosong tanpa sebarang objek.

Salam takziah dari kami buat semua ahli keluarga Faizal Tahir, semoga Allahyarham bapanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: