Belum Sampai Sebulan Memeluk Islam Lelaki Ini Telah Dijemput Ilahi

Allahuakbar, semoga menjadi asbab untuk mendapat ganjaran Syurga buat Muhammad Saufi Abdullah. Hampir sebulan setelah memeluk Islam beliau telah meninggal dunia.

Beliau disahkan meninggal dunia ketika berehat di rumahnya di Taman Tiong, Kulim Kedah pada bula Jun yang lepas.

Allahyarham yang bekerja sebagai pemandu lori telah memeluk Islam pada bulan 22 Mei yang lalu bersama dengan Isteri dan dua orang anak mereka.

Sebelum meninggal dunia, beliau ada berpesan kepada isterinya supaya mendalami agama Islam dan mengharapkan kedua dua anaknya akan menjadi seorang Hafiz Al Quran.

Isteri Allahyarham juga menceritakan kehidupan mereka sekeluaga selepas suaminya itu memeluk Islam menjadi bertambah baik.

Namun apa yang lebih istimewa, ibu kepada Allahyarhamah Muhammad Saufi Abdullah juga telah terbuka hatinya untuk mengikuti jejak langkah anaknya untuk memeluk Islam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: