Bandar Kinrara – Bergaduh di Facebook, Kereta pula yang Dibakar

Apa hendak jadi dengan dunia hari ini, gara gara hantaran di sosial media kereta pula yang menjadi mangsa dirosakkan dan dibakar.

Sebuah portal berita tempatan melaporkan, disebabkan salah faham berkenaan satu hantaran di facebook mengakibatkan berlakunya pergaduhan yang melibatkan empat lelaki dan seorang perempuan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Bandar Kinrara itu melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dirosakkan dengan memecahkan cermin menggunakan batu dan akhirnya kenderaan itu telah dibakar.

Kejadian yang berjaya dirakam itu telah tular di media sosial. Hasil siasatan pihak polis telah berjaya menahan kesemua suspek yang terlibat dengan pergaduhan tersebut.

Manakala seorang suspek yang berusia 42 tahun yang mengaku membakar kenderaan tersebut juga telah berjaya ditahan.

Menurut pihak polis, kejadian berpunca daripada perselisihan yang berlarutan berikutan beberapa hantaran di facebook.

Sehubungan itu pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menggugat keamanan dan menimbulkan kegusaran kepada orang awam.

Diharapkan para netizen berhati hati dalam memberikan komen, jangan sampai menyinggung perasaan orang lain dan jangan bawa pergaduhan di media sosial ke dunia yang nyata.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

%d bloggers like this: