Ronaldo sekali lagi jadi wira selamatkan maruah Manchester United

Liga Juara Juara Eropah, jaringan Christiano Ronaldo pada minit akhir masa tambahan membantu Manchester United untuk mengatasi Vilareal 2-1.

Ini merupakan perlawanan kedua buat Manchester United dalam saingan Liga Juara Juara Eropah, bintang Portugal itu berjaya membantu United mengelakkan kekalahan kedua selepas sebelum ini mereka tewas kepada kelab dari Switzerland BSC Young Boys.

Manchester United yang kini menduduki tangga ketika dalam kumpulan bermula agak hambar pada separuh masa pertama perlawanan.

Pada minit ke 53 kelab dari Sepanyol itu berjaya mengejutkan United apabila Paco Alcacer berjaya menewaskan David De Gea dengan menjaringkan gol pertama perlawanan.

Namun selepas itu pada minit ke 60 rembatan padu dari Alex Telles dari sebelah kiri luar kotak penalti berjaya menerjah jaring Vilareal sekaligus menyamakan kedudukan satu sama.

Setelah beberapa pertukaran dibuat oleh kedua dua pasukan, perlawanan kembali rancak dengan beberapa percubaan dilakukan.

Dan pada ketika ramai peminat Manchester United sudah hampir berputus asa, ada juga yang telah mematikan television di situlah Christiano Ronaldo membuktikan kehebatannya apabila beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan buat United pada minit ke 95 perlawanan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: