Takziah, hanya 3 hari Azmi Caliph Buskers diberi peluang jadi Bapa

Allahuakbar, berita yang sangat menyedihkan yang baru kami terima mengenai anak kepada ahli kumpulan Caliph Buskers telah kembali kepada PenciptaNya.

Azmi Saat berkongsi berita sedih tersebut di status media sosialnya. Bayi yang baru tiga hari dilahirkan itu meninggal di dalam pangkuan ibunya Nazira Muhammad di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Bayi yang diberi nama Kharul Afnan tersebut dilaporkan mengalami masalah kesihatan selepas dilahirkan, pihak hospital telah memberikan peluang kepada Azmi dan isteri untuk meriba bayi mereka buat kali yang terakhir selepas alat bantuan oksigen terpaksa dihentikan.

Sebelum ini Azmi dan isteri meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan cahaya mata pertama setelah lebih kurang 10 tahun menunggu.

Walaubagaimanapun, pihak kami belum mendapat maklumat lanjut mengenai punca sebenar kematian bayi tersebut.

Salam takziah dari kami buat Azmi Saat dan isteri, semoga mereka berdua tabah menghadapi ujian ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: