Vivo Lancar Siri X70

Wow, berita yang mengembirakan bagi peminat photografi yang menggunakan telefon pintar. Vivo Malaysia telah mengumumkan secara rasmi pelancaran siri Vivo X70 dan siri TWS 2 di Malaysia.

X70 merupakan telefon pintar fotografi profesional yang terdiri daripada X70 dan X70 Pro, ini merupakan usaha kerjasama dengan lagenda optik antarabangsa iaitu ZEISS.

Menurut tinjauan kami di platform atas talian, peminat telefon ini sudah boleh membuat ‘pre order’ untuk kedua dua model tersebut, harga bagi X70 Pro RM 3,299 dan RM 2,499 bagi model X70.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia menyifatkan siri ini adalah sebagai penanda aras baru bagi dunia fotografi dan inovasi bagi telefon pintar.

Menurutnya lagi, Vivo melangkaui sempadan dengan membawakan fotografi mudah alih yang termaju hasil kerjasama dengan ZEISS iaitu syarikat optik yang sudah lebih 175 tahun di dalam industri.

Vivo merupakan antara syarikat telefon mudah alih gergasi dari China yang sedang meningkat dan paling cepat berkembang namanya dalam industri ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: