Ibu kepada Ali dan Arwah Abam Bochey Telah Kembali Kepada Penciptanya

Salam takziah kami ucapkan kepada Ali Puteh dan keluarga di atas kehilangan Ibunda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Allahyarhamah Sabariah Arsyad merupakan ibu kepada pelawak terkenal tanah air iaitu Ali Puteh dan juga arwah Abam Bochey.

Menurut media, Allahyarhamah dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Selayang ketika sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi ICU.

Menurut sumber, arwah sebelum ini telah dimasukkan ke Hospital Selayang akibat mengalami masalah Asma, arwah telah ditidurkan dan dibantu dengan alat bantuan pernafasan.

Berita sedih itu turut dikongsikan oleh sahabat kepada arwah Abam Bochey iaitu Achey Bochey di akaun instagram miliknya.

Sebagai info, arwah Abam Bocey telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 kerana demam dan sakit kepala. Semoga mereka semua ditempatkan bersama dengan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: