Piala Sudirman, Malaysia berjaya Menewaskan Indonesia

Piala Sudirman 20/21 edisi ke 17 yang berlangsung di Vantaa Finland, Malaysia berjaya menewaskan musuh serantau Indonesia 3-2 dan sekaligus layak ke separuh akhir untuk bertemu dengan pasukan Jepun.

Beregu utama negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyumbang mata pertama dengan membuat kejutan menewaskan beregu No 1 dunia Marcus Fernaldi Gudeon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia dengan 21-12, 21-15.

Pada perseorangan wanita, wakil negara S. Kisona menunjukkan semangat juang yang tinggi sebelum tewas kepada perseorangan dari Indonesia Gregoria Mariska Tunjung 20-22, 21-18, 21-19.

Manakala bagi perlawanan ketiga, pemain perseorangan No 1 Negara yang merupakan Juara All England 2021 Lee Zi Jia berjaya menundukkan pemain ranking no 5 dunia Anthony Sinisuka Ginting 21-11, 21-16.

Pada perlawanan keempat, beregu wanita negara Pearly Tan dan Thinaah Muralitharam tewas tipis kepada Gresia Poli dan Apriyani Rahayu 20-22, 21-17, 18-21.

Manakala pada perlawanan penentuan, beregu campuran negara Hoo Pang Ron dan Cheah Ye See berjaya mengutip mata kemenangan negara dengan menewaskan beregu dari Indonesia Praven Jordan dan Melati Daeva Oktavianti dengan 21-19, 21-16.

Piala Sudirman ialah kejohonan badminton campuran dunia yang dianjurkan setiap 2 tahun sekali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: