Bekas Ketua Pengarah MSN Dato Zolkples Embung Meninggal Dunia

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Dato Seri Zolkples Embung yang dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.

Dato Seri Zolkples merupakan bekas Pengarah Majlis Sukan Negara MSN. Berita tersebut telah disahkan oleh salah seorang pegawai di MSN, walaubagaimanapun punca kematian masih belum dapat dipastikan.

Sebagai rekod Allahyarham pernah mengetuai MSN selama 7 tahun daripada Aprii tahun 2007 hingga Disember tahun 2014.

Allahyarham yang juga merupakan Ketua Eksekutif Sukan SEA pada tahun 2017, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya pada pagi tadi.

Tidak dapat dinafikan sepanjang penglibatan Allahyarham dalam Majlis Sukan Negara banyak sumbangan dan jasa telah beliau curahkan dalam pembangunan sukan tanahair.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama dengan orang yang beriman, Al-Fatihah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: