Lee Zii Jia tundukkan jaguh No 1 Dunia Dari Jepun Kento Momota

Lee Zii Jia buktikan ranking bukanlah segalanya apabila beliau berjaya membenam cabaran jaguh perseorangan badminton no 1 dunia daripada Jepun Kento Momota.

Pada perlawanan badminton separuh akhir Piala Sudirman yang berlangsung di Vantaa Finland itu, jaguh perseorangan badminton negara yang juga pemain di ranking ke 8 dunia berjaya menewaskan Kento Momota dengan straight set 22-20 dan 21-19.

Perlawanan agak seimbang antara kedua dua pemain, Momota selaku pemain no 1 dunia mencurahkan sepenuh tenaga dan mengeluarkan segala kemahiran yang ada namun Lee Zii Jia lebih bersedia semua hantaran dari Momota dapat dikembalikan dengan tenang.

Walaubagaimanapun, kemenangan dari Lee Zii Jia tidak cukup untuk membawa pasukan negara ke pentas akhir ini kerana pada perlawanan lain bagi acara perseorangan wanita dan beregu lelaki serta beregu wanita kesemuanya telah tewas di tangan pemain dari Jepun.

Jepun yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Sudirman akan bertemu dengan China yang yang telah layak lebih awal bagi menentukan Juara Piala Sudirman edisi ke 17.

Piala Sudirman ialah kejohonan badminton campuran dunia yang dianjurkan setiap 2 tahun sekali. Piala ini dinamakan sempena nama jaguh badminton Indonesia iaitu Dick Sudirman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: