Piala Sudirman, Skuad Muda Negara Tewas Di tangan ‘Samurai Biru’

Perjuangan skuad badminton negara dalam kejohanan Piala Sudirman edisi ke 17 yang berlangsung di Vantaa Finland berakhir di peringkat separuh akhir apabila tewas kepada pasukan Jepun 1-3.

Mata pertama skuad badminton Jepun diperolehi pada perlawanan pertama apabila beregu utama Jepun Takuro Hoki – Yugo Kabayashi menewaskan pasangan beregu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik 21-15, 21-14.

Pemain perseorangan wanita, Pemain Jepun Akane Yamaguchi ternyata berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila mudah menjinakkan pemain muda perseorangan wanita negara S. Kasona juga dengan straight set 21-7 dan 21-5.

Pada perlawanan ketiga, jaguh perseorangan badminton negara Lee Zii Jia membuktikan kehebatannya selaku Juara All England 2021 apabila berjaya menumpaskan pemain perseorangan No 1 dunia Kento Momota dengan straight set 22-20 dan 21-19.

Namun begitu, pada perlawanan ke empat skuad negara terpaksa akur kepada kehebatan pasukan badminton dari negara matahari terbit itu apabila beregu wanita negara Pearly Tan dan Thinaah Muralitharam gagal untuk meraih mata apabila tewas kepada beregu dari Jepun Mayu Matsumoto dan Misaki Matsumoto dengan 19-21,17-21.

Menanti Jepun di perlawanan akhir hari ini ialah skuad dari China yang telah lebih awal layak apabila mereka menewaskan Korea Selatan 3-0.

Walau apa pun pujian harus diberikan kepada skuad muda badminton negara kerana telah memberikan sepenuh tenaga terutamanya ketika mereka menewaskan Indonesia pada peringkat suku akhir.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: