Aksi Adun Melompat Lagi, Kerajaan Melaka Bakal Bertukar Lagi Sekali

Kerajaan Negeri Melaka berkemungkinan besar akan bertukar lagi kali ini apabila empat orang Adun dari Kerajaan telah menarik balik sokongan kepada Ketua Menteri Yang Amat Berhormat Sulaiman Md Ali.

Empat Adun yang berpaling tadah itu terdiri daripada bekas Ketua Menteri Datuk Seri Idris Harun (BN Sungai Udang, Datuk Nor Azman Hassan (BN Pantai Kundur), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas), dan Datuk Nor Efandi Ahmad (Bersatu Telok Mas).

Susulan itu, Pakatan Harapan PH Melaka akan berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi memaklumkan bahawa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Sulaiman Md Ali telah hilang kepercayaan.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris berkata kesemua mereka telah menghantar surat menarik sokongan kepada pejabat Ketua Menteri pada hari ini.

Sebagai maklumat, kerajaan negeri Melaka mempunyai 17 orang Adun yang menyokong untuk membentuk kerajaan, manakala bagi Pakatan Harapan mereka mempunyai 11 orang Adun.

Sebelum ini kerajaan Melaka diterajui oleh Perikatan Harapan, selepas itu beberapa orang Adun melompat dan membolehkan kerajaan baru yang diterajui oleh Barisan Nasional dibentuk. Namun hari ini besar kemungkinan kerajaan negeri Melaka akan dapat kembali kepada Pakatan Harapan susulan penarikan sokongan yang dibuat oleh empat orang Adun ini.

Maka begitulah sampai bila pun tidak tahu, selagi kerajaan yang betul betul stabil tidak dibentuk adengan yang tindak ingin kita lihat ini akan berulang kembali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: