Ini jawapan Khabib pada Alex Ferguson bila dipelawa untuk minuman keras

Beberapa hari lepas ahli sukan bela diri MMA yang cukup terkenal, Khabib Abdulmanapovich telah menjadi tetamu di Old Trafford untuk menyaksikan perlawanan bolasepak kelab bola sepak terkenal Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Pada sebuah rancangan bual bicara, Khabib menceritakan bagaimana beliau telah dijemput untuk minum minuman keras oleh bekas pengurus lagenda Manchester United iaitu Sir Alex Ferguson ketika kunjungan beliau ke Old Trafford itu.

Namun apa yang menarik jawapan yang diberikan oleh Khabib, beliau dengan nada bergurau berkata kepada Alex Ferguson “ini bukan idea yang baik, sekiranya saya minum saya akan belasah semua orang dekat sini”.

Selain Khabib, jaguh pelari pecut dunia Husain Bolt yang turut berada disitu turut ketawa dengan jawapan secara berjenaka dan sopan oleh Khabib untuk menolak pelawaan daripada Alex Ferguson tersebut.

Bagaimanapun Khabib tidak menyalahkan Alex Ferguson yang mungkin tidak faham bahawa seorang muslim tidak dibenarkan untuk minum minuman keras.

Menurut Khabib, dia boleh untuk menolak dengan tegas tetapi memilih untuk menolak dengan cara begitu mungkin untuk tidak menguris perasaan Sir Alex Ferguson yang dianggap sebagai tuan rumah.

Selepas mendengar jawapan dari Khabib, bekas Pengurus Manchester United itu berkata, kalau macam tu baik jangan minum.

Khabib Abdulmanapovich seorang atlet MMA yang hebat di dalam gelanggang, namun begitu beliau juga merupakan seorang yang merendah diri dan seorang muslim yang taat pada agamanya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: