Dunia terlalu bergantung kepada Facebook, Whatsapp dan Instagram, Jutaan Dollar Rugi

Semalam dunia dikejutkan sekali lagi apabila aplikasi Facebook, WhatsApp dan Instagram mengalami gangguan dan tidak boleh diakses oleh seluruh dunia.

Kerana terlalu bergantung kepada media sosial tersebut ramai pengguna yang panik, termasuklah para pengguna media sosial di Malaysia.

Walaubagaimanapun gangguan yang berlaku lebih kurang 6 jam semalam telah beransur pulih, ini merupakan gangguan kedua selepas gangguan pada tahun 2019.

Ketiga tiga media sosial itu dimiliki oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Menurut media akibat gangguan tersebut kekayaan Mark menyusut mendadak hampir berpuluh juta USD. Terdapat ramai pemegang saham Facebook mengambil kesempatan untuk melepaskan pegangan mereka.

Selain Mark, kesan ke atas ekonomi global juga dianggarkan mengalami kerugian berbillion dolar akibat daripada masalah tersebut, antaranya kerana banyak syarikat yang tidak boleh beroperasi, ada pekerja yang tidak boleh memasuki premis kerana bergantung kepada badge daripada aplikasi tersebut.

Facebook menerima lebih daripada 10 juta laporan di seluruh dunia mengenai masalah tersebut.

Susulan itu pemilik Facebook Mark Zuckerberg dan juga CEO Teknologi Facebook Mike Schroepfer telah memuat naik permohonan maaf berhubung dengan kegagalan aplikasi tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: