Harimau Malaya Mudah Dijinakkan Jordan 4-0

Bolasepak persahabatan antarabangsa yang berlangsung di Stadium King Abdullah II, Aman Jordan malam tadi menyaksikan pasukan tuan rumah mudah menewaskan pasukan negara 4-0.

Berdepan Jordan yang menduduki ranking ke 93 dunia ternyata bukan saingan kepada skuad Harimau Malaya yang kini menduduki ranking ke 154 dunia.

Tuan rumah membuka jaringan pertama pada minit ke 34 menerusi pemain penyerang mereka Ali Olwan. Kemudian pada minit 42 kerapuhan benteng pertahanan negara dihukum lagi apabila Odai Al saifi menyumbat gol kedua untuk pasukan Jordan.

Pada babak kedua permainan anak anak buah Tan Cheng Hoe bukan sahaja gagal mengancam kubu lawan malah melakukan banyak kesilapan pertahanan yang sekali gus membuka peluang pasukan tuan rumah menambah jaringan.

Skuad Harimau Malaya yang dibentuk dari ramai pemain terbaik dari pasukan Liga Super gagal menunjukkan persefahaman dan aksi yang diharapkan.

Ali Olwan menambah derita skuad Tan Cheng Hoe apabila beliau melakukan hatrik dengan menjaringkan lagi 2 goal pada separuh masa kedua permainan.

Pada perlawanan persahabatan berikutnya skuad Harimau Malaya perlu lebih berwaspada kerana bakal menentang pasukan Uzbekistan yang meghuni ranking ke 84 dunia.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: