Ada Apa Pada Malam Jumaat

Terkejut bila seorang rakan berbangsa Cina dan bukan beragama islam bertanya adakah orang islam setiap kali malam Jumaat mesti ‘bersama’ isterinya.

Terkial kial saya ingin menjawabnya, macam mana dia boleh berfikiran begitu. Selama ini persepeksi beliau terhadap orang islam seperti itu.

Sebenarnya tidak ada hadis atau dalil yang jelas mengenai hukum sunat atau lebih lagi iaitu mesti melakukan hubungan kelamin pada setiap malam Jumaat.

Masyarakat kita memang suka mensensasikan sesuatu perkara seperti malam Jumaat, kahwin lebih dari satu walaupun sebenarnya terdapat pelbagai lagi amalan sunat yang jelas dan digalakkan untuk diamalkan di dalam islam.

Perkara begini yang selalu disensasikan walaupun sekadar bergurau ia secara tidak langsung boleh memberi tanggapan negatif kepada bangsa dan penganut agama lain yang sekaligus memberi imej buruk kepada Islam.

Tidak dapat dinafikan hari Jumaat adalah hari yang besar dan banyak kelebihannya berbanding hari hari yang lain. Kita digalakkan untuk banyak melakukan kebaikan seperti membaca Al Quran, bersedekah, membersihkan diri dan bermacam lagi.

Selain itu pada hari Jumaat umat islam iaitu kaum lelaki diwajibkan untuk mendirikan solat Jumaat dua rakaat secara berjamaah di Masjid.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: