Takziah, Sarjan Mejer Meninggal Ketika Imamkan Solat Subuh

Seorang anggota polis yang sedang mengimani solat Subuh di sebuah surau dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Sarjan Mejer Rosli Makan 56 tahun juga merupakan Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya meninggal dunia di Surau Al Muttaqin, Tamu Hill Park, Batang Kali Selangor.

Ketika kejadian Allahyarham sedang mengimani Solat Subuh, pada rekaan pertama beliau dilaporkan rebah secara tiba tiba.

Allahyarham yang sudah dua tahun berpindah ke balai polis tersebut dilaporkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Menurut Ketua Polis Hulu Selangor, kehilangan Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang anggota polis yang sangat komited dengan tugasnya sangat dirasai.

Allahyarham meninggal seorang balu dan empat orang anak. Menurut Ketua Polis Hulu Selangor segala kebajikan keluarga Allahyarham tidak akan diabaikan.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: