Tiga Orang Kanak Kanak Hilang Depan Mata Ketika Mencari Kepah

Allahuakbar, musim sekarang elok lah jauhkan diri dari ke pantai atau sungai, kerana cuaca tak menentu. Dekat pantai dengan air pasang besar, dekat sungai atau air terjun pula dengan kepala airnya.

Kejadian yang berlaku di Terengganu semalam, tiga orang kanak-kanak dilaporkan hilang ketika bermain di muara sungai sambil mencari kepah.

Menurut ibu kepada seorang mangsa, Nurulhuda Abd Rahman 38 tahun berkata, kanak-kanak tersebut sedang bermain air ketika itu hanya di paras betis di depan matanya sebelum mereka tiba tiba tenggelam.

Ketiga kanak-kanak tersebut, Nurulhasha Umaira 11 tahun bersama dua lagi sepupunya Nur Amni Insyirah 9 tahun dan Muhammad Aryam Faheem 7 tahun dikhuatiri lemas ketika bermain di beting pasir berhampiran muara sungai di kampung Mangkuk pada jam 5.30 petang.

Mereka dilihat bermain bersama tiga orang lagi kanak-kanak yang turut tenggelam namun berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang sedang mencari kepah di situ.

Menurut Nurulhuda, mereka datang ke tempat kejadian untuk menemani suaminya yang datang untuk memancing bersama kawannya.

Pihak Bomba dalam kenyataannya, masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: