Bolasepak Persahabatan, Malaysia Tewas 1-5 kepada Uzbekistan

Perlawanan bolasepak persahabatan antarabangsa di antara Malaysia dan Uzbekistan yang berlangsung sebentar tadi berkesudahan dengan pasukan negara tewas lagi.

Walaupun bermula agak baik pada 15 minit pertama permainan, gawang skuad Harimau Malaya akhirnya bolos juga pada minit 17 perlawanan hasil jaringan dari pemain Uzbekistan Khardamov.

Akibat beberapa kesilapan yang dibuat oleh pertahanan Harimau Malaya, Pasukan Uzbekistan yang dibarisi beberapa pemain bertaraf dunia itu berjaya menambah lagi dua gol pada minit ke 29 dan minit ke 33 permainan.

Namun begitu pada 10 minit terakhir separuh masa pertama, Skuad negara dilihat cuba meningkatkan serangan dan akhirnya pada masa tambahan sebelum tamat separuh masa pertama Badrul Bakhtiar berjaya menyumbat gol pertama untuk skuad Negara.

Pada separuh masa kedua Khairul Fahmi Che Mat penjaga gol skuad negara terpaksa bekerja keras akibat serangan bertali arus dari pasukan Uzbekistan. Namun pada minit 68 gawang skuad negara akhirnya bolos lagi hasil jaringan dari pemain Uzbekistan Ibrohimkhalil Yuldashev.

Ternyata Malaysia yang menghuni ranking ke 154 dunia bukan tandingan bagi Uzbekistan yang menduduki ranking ke 84 dunia. Gawang negara bolos lagi pada minit ke 88 dan ini menjadikan keputusan penuh perlawanan berakhir dengan 5-1.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: