Kes Allahyarham Adib, Satu Jawatankuasa Khas akan dibentuk – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memuat naik kenyataan di akaun facebook miliknya mengatakan satu Jawatankuasa khas akan dibentuk berhubung kes kematian Allahyarham Muhamad Adib.

Menurut Perdana Menteri, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian yang melibatkan bekas anggota bomba tersebut.

Tambah Perdana Menteri, penubuhan jawatan ini membuktikan bahawa pihak kerajaan menunjukkan komitmen bagi menegakkan keadilan berkenaan isu ini serta diharapkan pihak yang bersalah akan menerima hukuman yang sewajarnya.

Allahyarham Muhammad Adib bin Kasim meninggal dunia di pusat Jantung Negara pada 17 Disember 2018 ketika berusia 24 tahun. Arwah meninggal setelah 21 hari dimasukkan ke Pusat Jantung Negara akibat mengalami kecederaan serius semasa bertugas mengawal keselamatan ketika berlaku rusuhan di sebuah Kuil di Subang Jaya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: