Tiada Lagi Larangan Rentas Negeri Mulai Esok – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi dalam perutusan khas telah mengumumkan tiada lagi larangan bagi orang ramai untuk rentas negeri.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, iaitu apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa telah mencapai 90 peratus.

Menurut Perdana Menteri, sebelum ini pihak kerajaan terpaksa melarang aktiviti rentas negeri adalah perlu bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Dalam masa yang sama juga, Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada Keluarga Malaysia diatas sokongan dan kerjasama menjayakan program vaksinasi Negara.

Sehubungan itu, sejajar dengan kebenaran rentas negeri, aktiviti perlancongan dalam negeri turut dibenarkan.

Namun menurut Perdana Menteri, kebenaran rentas negeri hanyalah untuk mereka telah mendapatkan suntikan vaksinasi yang lengkap.

Walaupun Sekatan Jalanraya Raya sudah tidak ada namun pihak polis masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana mana untuk memeriksa rekod vaksinasi orang ramai.

Perdana Menteri juga merayu agar orang ramai mematuhi SOP yang ditetapkan, mereka juga perlu bertanggungjawab terhadap keselamatan keluarga masing-masing.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: